Monday, June 29, 2009

Program Gotong Royong Membersihkan Surau

Satu program gotong royong bagi membersihkan surau Al-Raudhah Presint 16 oleh para belia telah diatur bersama K-Bestari Presint 16 dan Pejabat Pelia Putrajaya dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Raudhah Presint 16. Program telah dilaksanakan dengan sempurna pada 28 Jun 2009 (ahad) bermula jam 8.30 pagi.

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Semua lapisan Jawatankuasa K-Bestari P16 Putrajaya mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak ini. Bertahajud menyerikan wajah, bersyukur membajai barakah, bermuhasabah mencetus hikmah, bersaudara menyemai mahabbah, berjihad menuju Raudhah...

Monday, August 18, 2008

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan




07 Ogos 2008 - Perbadanan Putrajaya telah mengadakan satu Majlis Makan Malam dengan semua komuniti dan persatuan penduduk Putrajaya. Dalam majlis tersebut Presden Perbadanan Putrajaya, Y.Bhg. Tan Sri Samsudin Osman turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua persatuan penduduk termasuk K-Bestari Presint 16 Putrajaya.

K-Bestari Presint 8 Johan Debat Perdana


29 Jun 2008 - K-Bestari Presint 8 Putrajaya sekali lagi menjadi Johan peringkat Wilayah Persekutuan dalam Pertandingan Debat Merdeka yang telah diadakan di Memorial Tengku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pasukan tersebut menerima wang RM2000, sijil penyertaan dan piala iringan. Mereka juga sekali lagi akan mewakili pasukan Wilayah Persekutuan dalam pertandingan debat peringkat kebangsaan.

Gotong Royong Membersihkan Surau

Sempena kehadiran bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi, K-Bestari Presint 16 dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Putrajaya akan menganjurkan Majlis Gotong Royong membersihkan Surau Al-Raudhah di Presint 16 Putrajaya pada 24 Ogos 2008 (Ahad). Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada tengah hari. Pendaftaran ahli Rakan Muda akan turut dibuat pada hari tersebut dan oleh yang demikian Tuan/Puan adalah dijemput hadir.