Jari disusun maaf dipohon, jikalau ada kekhilafan yang berlaku secara sedar atau tidak. Halalkan sebarang makan dan minum. Semoga selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta dan gembira di Aidilfitri. Semua barisan Ahli Jawatankuasa Komuniti BESTARI Presint 16 mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.Thursday, October 11, 2007
Salam Lebaran...
Jari disusun maaf dipohon, jikalau ada kekhilafan yang berlaku secara sedar atau tidak. Halalkan sebarang makan dan minum. Semoga selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta dan gembira di Aidilfitri. Semua barisan Ahli Jawatankuasa Komuniti BESTARI Presint 16 mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.Sejarah Gemilang Malaysia

SEJARAH NEGARA: Kapal angkasa Soyuz TMA-11 berlepas dari pangkalan Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, malam tadi.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menyaksikan kejayaan yang dicapai anak muda dari Seremban itu pada majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, menteri Kabinet dan 280 pelajar. Hadir sama ialah bekas angkasawan Amerika Syarikat, Kapten Robert Gibson, yang turut menjelaskan kepada Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek teknikal pelancaran kapal angkasa itu. Sebelum itu, majlis berbuka puasa, solat tarawih serta solat hajat diadakan bagi mendoakan keselamatan dan kejayaan misi berkenaan. Pelancaran bermula dengan pelepasan empat pelonjak utama roket yang dipadankan dengan bendera Malaysia dan 29 saat kemudian SoyuzTMA-11 membelah langit cerah Baikonur dan mempesonakan mereka yang menyaksikannya.
Monday, October 8, 2007
Majlis Berbuka Puasa Anjuran Komuniti BESTARI Presint 16 Putrajaya


7 Oktober 2007 - Komuniti BESTARI Presint 16 Putrajaya telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Surau Al-Raudhah Apartment Presint 16. Majlis tersebut didahulu dengan tazkirah pada jam 6.30 petang di ikuti dengan Majlis Berbuka Puasa dan solat maghrib. Turut hadir didalam majlis tersebut ialah En. Abdullah bin Sulaiman dan En. Mohd Zulkarnain bin Ariffin dari Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan . Majlis diakhiri dengan jamuan moreh pada jam 10 malam selepas solat sunat tarawikh dan witir.
