Monday, November 19, 2007

Majlis Khatan Beramai-Ramai







Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya telah menganjurkan Majlis Perasmian Berkhatan Beramai-Ramai di Kawasan Lapang, Apartment Kerajaan Presint 16, Putrajaya pada 24 November 2007 (sabtu). Majlis tersebut yang bermula dari jam 08.00 pagi hingga 12.00 tengahari, dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Ahmad Zaki bin Zahid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.

Seramai 34 orang kanak-kanak di kalangan penduduk Putrajaya yang akan berkhatan diraikan dan menerima cenderahati, seterusnya diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar di sekeliling apartment sebelum dibawa ke gelanggang sepak takraw (sebelah surau) untuk dimandikan dengan semburan air oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya.


Penganjuran majlis tersebut dipengerusikan oleh En. Mohd Noh Md. Yunus yang juga Setiausaha K-BESTARI Presint 16, turut dihadiri oleh 300 tetamu termasuk Pengerusi K-Bestari Presint 16, Pengerusi Rukun Tetangga Presint 16, Pengerusi dan Tuan Imam Surau Al-Raudhah, ketua-ketua penduduk, ibubapa kepada kanak-kanak dan masyarakat setempat.

Monday, November 12, 2007

Majlis Sambutan Aidil Fitri 2007

Komuniti Bestari Presint 16, Rukun Tetangga Presint 16 dan Jawatankuasa Penduduk Apartment Presint 16 telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri Peringkat Apartment Presint 16 Pada 10 November 2007 (sabtu) yang lepas. Majlis tersebut telah mendapat sambutan dan kerjasama yang amat baik dari semua penduduk yang turut bergotong royong bagi menyediakan juadah hidangan.

Monday, November 5, 2007

Komuniti Bestari Bukan Pertubuhan Politik

KUCHING 15 Julai – Pusat Komuniti Bestari yang ditubuhkan di hampir setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan sebuah pertubuhan politik.Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, Komuniti Bestari yang menggantikan program Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P), merupakan pertubuhan untuk semua kaum tanpa mengira perbezaan politik dan ideologi.“Pertubuhan itu merupakan gerakan massa yang bertujuan menyatupadukan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian watikah penubuhan Komuniti Bestari peringkat negeri Sarawak di sini, hari ini.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pemimpin Komuniti Bestari supaya memastikan semua lapisan masyarakat menyertainya dan tidak mengehadkan penyertaan kepada ahli keluarga dan rakan dari parti politik yang disokong oleh mereka sahaja.Beliau berkata, ia penting kerana kerajaan mahu memastikan Komuniti Bestari menjadi pemangkin dalam penyertaan pelbagai kaum di bawah satu bumbung.Katanya, ia selaras dengan usaha untuk memastikan semua maklumat kerajaan sampai kepada rakyat menerusi Komuniti Bestari.“Kita dapati ada golongan yang membenci kerajaan bukan kerana bencikan pemimpin negara tetapi membenci pemimpin tempatan.“Untuk itu, Komuniti Bestari diharap dapat menjadi satu gerakan untuk kita tidak membenci sesiapa, satu tempat yang menyatukan seluruh kaum,” katanya.Mengenai Komuniti di Sarawak, Ahmad Zahid berkata, sehingga kini terdapat 144 gerakan itu di Sarawak, iaitu dua komuniti di setiap DUN.