Tuesday, September 2, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Semua lapisan Jawatankuasa K-Bestari P16 Putrajaya mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak ini. Bertahajud menyerikan wajah, bersyukur membajai barakah, bermuhasabah mencetus hikmah, bersaudara menyemai mahabbah, berjihad menuju Raudhah...

Monday, August 18, 2008

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan




07 Ogos 2008 - Perbadanan Putrajaya telah mengadakan satu Majlis Makan Malam dengan semua komuniti dan persatuan penduduk Putrajaya. Dalam majlis tersebut Presden Perbadanan Putrajaya, Y.Bhg. Tan Sri Samsudin Osman turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua persatuan penduduk termasuk K-Bestari Presint 16 Putrajaya.

K-Bestari Presint 8 Johan Debat Perdana


29 Jun 2008 - K-Bestari Presint 8 Putrajaya sekali lagi menjadi Johan peringkat Wilayah Persekutuan dalam Pertandingan Debat Merdeka yang telah diadakan di Memorial Tengku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pasukan tersebut menerima wang RM2000, sijil penyertaan dan piala iringan. Mereka juga sekali lagi akan mewakili pasukan Wilayah Persekutuan dalam pertandingan debat peringkat kebangsaan.

Gotong Royong Membersihkan Surau

Sempena kehadiran bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi, K-Bestari Presint 16 dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Putrajaya akan menganjurkan Majlis Gotong Royong membersihkan Surau Al-Raudhah di Presint 16 Putrajaya pada 24 Ogos 2008 (Ahad). Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada tengah hari. Pendaftaran ahli Rakan Muda akan turut dibuat pada hari tersebut dan oleh yang demikian Tuan/Puan adalah dijemput hadir.

Ceramah Bulan Kemerdekaan

17 Ogos 2008 - Satu slot ceramah pengisian kemerdekaan negara ke 51 telah dianjurkan oleh JASA dan Jabatan Penerangan Putrajaya di Dewan Presint 16 Putrajaya. Seramai 30 orang jawatankuasa K-Bestari sekitar telah menghadiri ceramah tersebut.

Thursday, June 5, 2008

Laporan Program Kem Cuti Sekolah

Keratan akhbar Sinar Harian 04 Jun 2008 (Rabu)

Wednesday, May 21, 2008

Kem Cuti Sekolah

Sempena cuti penggal persekolahan akan datang, K-BESTARI Presint 16 akan menganjurkan Kem Cuti Sekolah selama 2 hari 1 malam di Tapak Perkhemahan Taman Wetland Putrajaya pada 31 Mei 2008 hingga 01 Jun 2008. Penyertaan adalah terhad kepada seramai 40 orang sahaja dan terdiri dari pelajar Sekolah Rendah berusia 7 - 12 tahun sahaja. Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM50.00 dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Mei 2008. Ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka bolehlah menghubungi En. Mohd Noh di talian 019-270 7006, untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut.

Sunday, May 4, 2008

Majlis Jasamu Dikenang

3 Mei 2008 (sabtu)

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Raudhah Apartment Presint 16, telah menganjurkan satu Majlis Jasamu Dikenang pada malam tadi selepas solat isya'. Majlis tersebut dibuat bagi mengenang jasa bekas-bekas pengerusi, imam dan AJK surau yang telah berpindah keluar dari Putrajaya kerana bersara, mendiami rumah sendiri atau menjawat jawatan lain ditempat lain. Antara yang dirakan ialah Tn. Haji Sabri bin Husin bekas Pengerusi, Tn. Hj. Mohd Nor bekas Imam, Tn. Hj. Mohamad dan Pak ALi bekas bilal. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y. Fadhil Ustaz Abdul Manaf bin Mat, Imam Besar Masjid Putra.

Taklimat K-Bestari Putrajaya

29 April 2008(selasa)

Semua pengerusi K-Bestari kawasan Putrajaya telah mengadakan satu taklimat mengenai Komuniti Bestari kepada semua Ahli Jawatankuasa K-Bestari di Putrajaya. Taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Komuniti Presint 16 telah disampaikan oleh En. Zulkarnain iaitu Pegawai Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan dan En. Mahmud, Pengerusi K-Bestari Presint 16. Taklimat tersebut turut menyentuh kaedah untuk menjada ekonomi bagi komuniti di Putrajaya dan diakhiri dengan penyampaian baju korporat kepada AJK K-Bestari Presint 16.

Wednesday, March 26, 2008

FORUM ISLAM

26 Mac 2008 (rabu)

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1428H, Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah dan Komuniti Bestari Presint 16 telah menganjurkan satu Forum Islam. Panel forum pada malam tersebut ialah penceramah terkenal Ustazah Siti Noorbayah dan Ustaz Tuan Sheikh Ismail dari YADIM. Hampir 300 orang jemaah hadir dalam majlis tersebut yang bertajuk "Masihkah Ada Cinta... (kepada Rasulullah)"

Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya, turut hadir dari awal hingga berakhir majlis tersebut dan turut dijemput berucap dan menyampaikan cenderahati kepada para penceramah.

Sunday, February 3, 2008

Tahniah - Kontijen Perbarisan Komuniti Putrajaya Menang Tempat ke tiga

Sempena sambutan Hari Wilayah 2008 yang di Stadium Cheras, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Kontijen Komuniti Putrajaya telah dinobatkan selaku pemenang tempat ke-3 kategori komuniti penduduk mengikut kawasan Parlimen Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Selamat Menyambut Hari Wilayah 2008

K-Bestari Presint 16 mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah 2008 kepada seluruh warga Putrajaya. Semoga sambutan ini manjadi satu iltizam untuk kita bersatu padu demi keamanan dan ke makmuran bumi tercinta.