Monday, May 21, 2007

BALASUNGKAWA...

Adalah dengan sedihnya dimaklumkan, Sdr. Abu Samah bin Hashim telah meninggal dunia pada tengah hari semalan 20 Mei 2007 (ahad). Allahyarham adalah merupakan Ketua Blok B3 dan juga merupakan Bendahari Pemuda UMNO Cawangan Bunga Teratai. Allahyarham meninggal dunia kerana sesak nafas ketika sedang berehat selepas bermain bolasepak anjuran Rukun Tetangga Presint 16. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman. Alfatihah ...





Thursday, May 17, 2007

Kejohanan Bolasepak 11 Sebelah

Rukun Tetangga Apartment Presint 16,Putrajaya akan menganjurkan Kejohanan Bolasepak 11 Sebelah tertutup antara 6 buah blok pada 20 Mei 2007 (ahad) bertempat di Padang Bolasepak Kompleks Sekolah Presint 16 Putrajaya. Tuan/Puan adalah dijemput hadir bagi memberi sokongan moral kepada pasukan blok masing-masing.

Monday, May 14, 2007

Forum Masalah Gejala Sosial

Surau Al-Raudah Apartment Presint 16 telah menganjurkan Forum Masalah Gejala Sosial dikalangan masyarakat Melayu pada 12 Mei 2007 yang lepas. Majlis dimulai selepas solat maghrib dengan tayangan video mengenai isu sosial semasa oleh PERKID iaitu sebuah NGO yang aktif dengan kerja-kerja sosial. Selepas solat isya' pula satu forum telah diadalah dengan ahli panelnya terdiri dari Ustaz Farhan Al-Hafiz seorang pendakwah bebas dan Ustaz Masridzi Saat iaitu Pengerusi Perkid.