Wednesday, September 5, 2007

PUTRAJAYA FLORIA 2007


Bertemakan Senandung Pelangi, Festival Bunga & Taman Putrajaya 2007 atau Putrajaya Floria 2007 yang diadakan pada 25 Ogos 2007 hingga 02 Sept. 2007 yang lepas di Persisiran Putrajaya Presint 2, telah merealisasikan pusat pentadbiran negara ini sebagai Bandaraya Bunga yang dilatari keindahan landskap semula jadi.

Dengan dikunjungi hampir 300,000 orang, ia setanding dengan acara yang diadakan di luar negara termasuk pameran bunga-bungaan Chelsea di United Kingdom, Philadelphia di Amerika Syarikat, Melbourne di Australia dan Laman Kuala Lumpur.

Bagi memudahkan pengunjung, Putrajaya Floria 2007 dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap Isnin hingga Jumaat dan waktu pameran dilanjutkan 12 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

Festival itu dianjurkan Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan manakala Festival Laman Sdn Bhd dilantik sebagai pengurus acara.