Wednesday, May 21, 2008

Kem Cuti Sekolah

Sempena cuti penggal persekolahan akan datang, K-BESTARI Presint 16 akan menganjurkan Kem Cuti Sekolah selama 2 hari 1 malam di Tapak Perkhemahan Taman Wetland Putrajaya pada 31 Mei 2008 hingga 01 Jun 2008. Penyertaan adalah terhad kepada seramai 40 orang sahaja dan terdiri dari pelajar Sekolah Rendah berusia 7 - 12 tahun sahaja. Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM50.00 dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Mei 2008. Ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka bolehlah menghubungi En. Mohd Noh di talian 019-270 7006, untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut.

Sunday, May 4, 2008

Majlis Jasamu Dikenang

3 Mei 2008 (sabtu)

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Raudhah Apartment Presint 16, telah menganjurkan satu Majlis Jasamu Dikenang pada malam tadi selepas solat isya'. Majlis tersebut dibuat bagi mengenang jasa bekas-bekas pengerusi, imam dan AJK surau yang telah berpindah keluar dari Putrajaya kerana bersara, mendiami rumah sendiri atau menjawat jawatan lain ditempat lain. Antara yang dirakan ialah Tn. Haji Sabri bin Husin bekas Pengerusi, Tn. Hj. Mohd Nor bekas Imam, Tn. Hj. Mohamad dan Pak ALi bekas bilal. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y. Fadhil Ustaz Abdul Manaf bin Mat, Imam Besar Masjid Putra.

Taklimat K-Bestari Putrajaya

29 April 2008(selasa)

Semua pengerusi K-Bestari kawasan Putrajaya telah mengadakan satu taklimat mengenai Komuniti Bestari kepada semua Ahli Jawatankuasa K-Bestari di Putrajaya. Taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Komuniti Presint 16 telah disampaikan oleh En. Zulkarnain iaitu Pegawai Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan dan En. Mahmud, Pengerusi K-Bestari Presint 16. Taklimat tersebut turut menyentuh kaedah untuk menjada ekonomi bagi komuniti di Putrajaya dan diakhiri dengan penyampaian baju korporat kepada AJK K-Bestari Presint 16.