Thursday, March 29, 2007

Aktiviti Ekonomi

  1. Industri kecil dan sederhana (kraftangan, pelancongan dan peruncitan).
  2. Mengusahakan tanah terbiar dengan tanaman (sayuran, bunga-bungaan dan hiasan taman).
  3. Makanan ringan (kerepek, telor asin, kicap, cili sos dan sebagainya)

Aktiviti Kemasyarakatan

  1. Dalam kumpulan kecil dan besar (gotong-royong, seminar, sukan dan ceramah).
  2. Interaksi intra dan inter k3p.
  3. Semangat berdikari, inovatif dan kreatif.

Aktiviti Penyebaran Maklumat

  1. Melalui media massa iaitu cetak, elektronik, internet dan interpersonal.
  2. Memahami dasar, falsafah dan wawasan pembangunan negara.
  3. Memulakan perubahan minda, sikap dan tindakan.
  4. Melibatkan diri dalam pembangunan komuniti.

Sejarah & Perkembangan Komuniti Bestari

  1. Diasaskan oleh Jabatan Penyiaran sebagai saluran maklum balas terhadap program-program siaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada 21 November 1987 di Tapah, Perak.Pelancarannya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr.Mahathir bin Mohamad.Kumpulan ini dikenali sebagai Kumpulan Pendengar dan Penonton.
  2. Pada tahun 1989, Pendengar Kumpulan Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd. melalui akhbar Utusan Malaysia turut menyertai kumpulan ini dan seterusnya diubahsuaikan namanya menjadi Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca .
  3. Pada tahun 1991, Kementerian Penerangan Malaysia mengambil alih tanggungjawab dari Jabatan Penyiaran sebagai Urusetia K3P (dikenali sebagai Komuniti Bestari), bagi memperluaskan skop aktivitinya.
  4. Konvensyen Komuniti Bestari (K3P) Kebangsaan kali pertama diadakan di Danau Tok Uban, Pasir Mas,Kelantan pada 6 hingga 8 April 1995. Jumlah K3P di seluruh negara ketika itu ialah 154 buah.
  5. Konvensyen K3P kali Ke-2 telah diadakan pada 3 hingga 5 Oktober 1999 di Taiping, Perak.
  6. 1 Julai 2000, Kementerian Penerangan menyerahkan tanggungjawab urusetia Komuniti Bestari (K3P) kepada Jabatan Penerangan Malaysia. Jumlah Komuniti Bestari (K3P) pada tahun 2000 ialah sebanyak 200 buah.
  7. Dalam tahun 2001, sebanyak 116 buah lagi Komuniti Bestari (K3P) telah ditubuhkan menjadikannya sebanyak 316 buah kesemuanya. Ini termasuk penubuhan sebuah K3P untuk masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan.

Faedah

Pendekatan dan Strategi Membentuk Komuniti Bestari sebagai sebuah institusi masyarakat yang aktif dan dapat menjadi wadah perbincangan di mana anggota masyarakat, anggota kerajaan dan pemimpin dapat duduk bersama tanpa sempadan dengan penyeliaan yang minima dari Jabatan Penerangan yang menjadi penyelaras K3P di peringkat yang berkaitan.

Objektif Komuniti Bestari

  1. Melahirkan kumpulan pemimpin yang dapat menggerakkan perubahan masyarakat melalui analisis maklumat yang jelas dan berwibawa di peringkat akar umbi.
  2. Mewujudkan kumpulan rujukan maklumat yang berwibawa dan representatif di peringkat akar umbi.
  3. Menyuburkan nilai-nilai perpaduan sebagai amalan dalam kehidupan seharian di kalangan ahli kumpulan Komuniti Bestari.
  4. Memupuk dan menstabilkan sesuatu perubahan selaras dengan hasrat dan matlamat dasar-dasar pembangunan negara.
  5. Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kepimpinan kerajaan dan keputusan-keputusan yang dibuat bagi meneruskan program-program pembangunan negara serta pembinaan bangsa Malaysia.

Konsep Komuniti Bestari

Konsep Komuniti ialah sebuah organisasi sosial yang diwujudkan oleh sesebuah komuniti di sesebuah kawasan secara sukarela sebagai saluran perkongsian sumber maklumat, idea dan pendapat dalam usaha melibatkan diri dalam program-program pembangunan kerajaan secara aktif dan berkesan.

Sejarah Komuniti Bestari

Komuniti Bestari mula ditubuhkan pada 21 November 1987 di Tapah, Perak oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan nama asalnya Kumpulan Pendengar dan Penonton (K2P). Tujuan penubuhanya ketika itu ialah untuk membantu Kementerian Penerangan khususnya Jabatan Penyiaran (RTM) mendapat maklumbalas terhadap rancangan-rancangan yang disiarkan boleh membantu meningkatkan maklumat pendengar dan penonton.

Pada tahun 1989, Utusan Malaysia turut berminat menyertai program ini sebagai tenaga penggerak bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat. K2P telah ditukar menjadi Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P).Perubahan nama ini kemudiannya telah disusuli dengan perubahan pengurusan pada tahun 1989, Kementerian Penerangan Malaysia telah mengambil alih tugas sebagai urusetia K3P Kebangsaan.
KONSEP KOMUNITI BESTARI

Welcome ...

Selamat Datang ke Komuniti Bestari Presint 16 Putrajaya.