Friday, July 20, 2007

Lawatan Ahli Parlimen Putrajaya Ke Rumah Allahyarham Abu Samah


Pada 16 Julai 2007 (isnin) jam 10.00 pagi yang lepas, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Pelancongan Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Putrajaya telah meluangkan masa hampir setengah jam bagi menziarahi keluarga Allahyarham Abu Samah di Blok B3, Presint 16 Putrajaya. Beliau memohon maaf kepada balu Allahyarham kerana tidak dapat menziarahi jenazah arwah pada 20 Mei 2007 yang lepas kerana kesibukkannya dengan tugas rasmi. Mengambil kesempatan tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan peribadi. Turut mengiringi YB. Menteri dalam lawatan tersebut ialah En. Mohd Noh, Setiausaha Komuniti Bestari, En. Mohd Nasir dan Pegawai Khas Menteri, En. Shokre.

Thursday, July 19, 2007

LARIAN MERDEKA KOMUNITI BESTARI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG



Larian Merdeka Komuniti Bestari Peringkat Kebangsaan dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang akan diadakan di Putrajaya pada 31 Julai 2007 ini, sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Larian bertujuan menyedarkan dan menarik minat orang ramai dalam menghayati sambutan kemerdekaan negara serta menyemarakkan semangat patriotik cintakan negara. Bagi tujuan tersebut, Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan meminta setiap Komuniti Bestari di Putrajaya menghantar 100 orang peserta.

Thursday, July 5, 2007

Kursus Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum
Untuk makluman, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya dengan kerjasama Wanita UMNO Cawangan Bunga Teratai Presint 16 Putrajaya akan menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Wanita pada hari 08 Julai 2007 (ahad) di Surau Al-Raudhah bermula jam 8.00 pagi. Semua kaum wanita adalah dijemput hadir bagi mengikuti kursus berkenaan.