Friday, September 28, 2007

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA












28 September 2007 - Seramai 800 orang penduduk telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Parlimen Putrajaya di Kawasan Komuniti BESTARI Presint 16. Jamuan berbuka puasa tersebut, diadakan di Dewan Komuniti dan 15 buah khemah tambahan turut didirikan. Dalam ucapan selepas solat maghrib, YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan pada tahun-tahun sebelum ini majlis berbuka puasa dibuat secara berpusat dan sekali sahaja bagi Kawasan Parlimen Putrajaya. Tetapi pada tahun ini, bagi tujuan merapatkan lagi hubungan kemasyarakatan satu pendekatan baru telah dibuat dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di lima buah kawasan kejiranan bermula dari 27 Sept. 2007 di Apartment Putra Harmoni Presint 9 dan berakhir di Surau Al-Falah, Presint 9 Fasa 3 pada 3 Okt. 2007.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan lapan buah 'mist fan' untuk kegunaan dan keselesaan jemaah di Surau Al-Raudhah. Beliau juga menyampaikan sumbangan kepada 30 buah keluarga yang kurang berkemampuan. Seterusnya beliau turut berjemaah solat Isya' dan solat sunat tarawikh serta diakhiri dengan majlis moreh.