Friday, September 28, 2007

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA












28 September 2007 - Seramai 800 orang penduduk telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Parlimen Putrajaya di Kawasan Komuniti BESTARI Presint 16. Jamuan berbuka puasa tersebut, diadakan di Dewan Komuniti dan 15 buah khemah tambahan turut didirikan. Dalam ucapan selepas solat maghrib, YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan pada tahun-tahun sebelum ini majlis berbuka puasa dibuat secara berpusat dan sekali sahaja bagi Kawasan Parlimen Putrajaya. Tetapi pada tahun ini, bagi tujuan merapatkan lagi hubungan kemasyarakatan satu pendekatan baru telah dibuat dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di lima buah kawasan kejiranan bermula dari 27 Sept. 2007 di Apartment Putra Harmoni Presint 9 dan berakhir di Surau Al-Falah, Presint 9 Fasa 3 pada 3 Okt. 2007.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan lapan buah 'mist fan' untuk kegunaan dan keselesaan jemaah di Surau Al-Raudhah. Beliau juga menyampaikan sumbangan kepada 30 buah keluarga yang kurang berkemampuan. Seterusnya beliau turut berjemaah solat Isya' dan solat sunat tarawikh serta diakhiri dengan majlis moreh.

Tuesday, September 18, 2007

Kelulusan Pembinaan Anjung BESTARI

Untuk Makluman, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri melalui suratnya BPH.UT.II/02 jld.4 (57) bertarikh 13 September 2007 telah meluluskan permohonan Komuniti BESTARI Presint 16 supaya dibina sebuah Anjung BESTARI (pejabat) di Aras G, Blok A3, Presint 16. Anjung BESTARI tersebut akan dibina oleh BPH dan akan diserahkan secara rasmi kepada Komuniti BESTARI Presint 16 sebaik sahaja pembinaannya siap.

Thursday, September 13, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1428H


MARHABAN YAA RAMADHAN


Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas Kita menjadi tasbih, tidur Kita menjadi ibadah, amal Kita diterima Dan do'a Kita di ijabah,

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
Kami mohon maaf lahir dan bathin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa if Sya'ban WA ballighnaa Ramadhan
Aminn.
" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat Kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jum'at.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

Wednesday, September 5, 2007

PUTRAJAYA FLORIA 2007


Bertemakan Senandung Pelangi, Festival Bunga & Taman Putrajaya 2007 atau Putrajaya Floria 2007 yang diadakan pada 25 Ogos 2007 hingga 02 Sept. 2007 yang lepas di Persisiran Putrajaya Presint 2, telah merealisasikan pusat pentadbiran negara ini sebagai Bandaraya Bunga yang dilatari keindahan landskap semula jadi.

Dengan dikunjungi hampir 300,000 orang, ia setanding dengan acara yang diadakan di luar negara termasuk pameran bunga-bungaan Chelsea di United Kingdom, Philadelphia di Amerika Syarikat, Melbourne di Australia dan Laman Kuala Lumpur.

Bagi memudahkan pengunjung, Putrajaya Floria 2007 dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap Isnin hingga Jumaat dan waktu pameran dilanjutkan 12 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

Festival itu dianjurkan Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan manakala Festival Laman Sdn Bhd dilantik sebagai pengurus acara.