Monday, August 18, 2008

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan




07 Ogos 2008 - Perbadanan Putrajaya telah mengadakan satu Majlis Makan Malam dengan semua komuniti dan persatuan penduduk Putrajaya. Dalam majlis tersebut Presden Perbadanan Putrajaya, Y.Bhg. Tan Sri Samsudin Osman turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua persatuan penduduk termasuk K-Bestari Presint 16 Putrajaya.

K-Bestari Presint 8 Johan Debat Perdana


29 Jun 2008 - K-Bestari Presint 8 Putrajaya sekali lagi menjadi Johan peringkat Wilayah Persekutuan dalam Pertandingan Debat Merdeka yang telah diadakan di Memorial Tengku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pasukan tersebut menerima wang RM2000, sijil penyertaan dan piala iringan. Mereka juga sekali lagi akan mewakili pasukan Wilayah Persekutuan dalam pertandingan debat peringkat kebangsaan.

Gotong Royong Membersihkan Surau

Sempena kehadiran bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi, K-Bestari Presint 16 dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Putrajaya akan menganjurkan Majlis Gotong Royong membersihkan Surau Al-Raudhah di Presint 16 Putrajaya pada 24 Ogos 2008 (Ahad). Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada tengah hari. Pendaftaran ahli Rakan Muda akan turut dibuat pada hari tersebut dan oleh yang demikian Tuan/Puan adalah dijemput hadir.

Ceramah Bulan Kemerdekaan

17 Ogos 2008 - Satu slot ceramah pengisian kemerdekaan negara ke 51 telah dianjurkan oleh JASA dan Jabatan Penerangan Putrajaya di Dewan Presint 16 Putrajaya. Seramai 30 orang jawatankuasa K-Bestari sekitar telah menghadiri ceramah tersebut.