Monday, April 23, 2007

Majlis Sambutan Maulidul Rasul Surau Al-Raudhah Presint 16



Pada 21 April 2007 (Sabtu), Surau Al-Raudhah telah menganjurkan Majlis Maulidul Rasul. Majlis dimulai dengan perarakan mengelilingi kawasan apartment pada jam 8.0o pagi oleh penduduk dari semua enam blok. Penyertaan perararakan tersebut amat menggalakkan dengan disertai oleh hampir 400 orang penduduk. Majlis diteruskan dengan aktiviti ceramah dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Thursday, April 12, 2007

Taklimat Peluang Pendidikan Percuma

Biro Belia Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dengan kerjasama Sekretariat Belia CGT akan menganjurkan taklimat peluang melanjutkan pengajian secara percuma yang ditaja oleh kerajaan, kepada para remaja lepasan SPM di Putrajaya. Taklimat tersebut akan diadakan di Auditorium Komlpeks Kerjiranan Presint 16 pada 16 April 2007 (Isnin) jam 8.30 malam. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Faisal 019-3566945 dan En. Aziz 03-88837425.

Pesta Air Putrajaya 2007

Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Pesta Air Putrajaya 2007 pada 14 dan 15 April 2007, bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6. Pelbagai aktiviti dan pertandingan akan diadakan bagi memeriahkan acara Pesta Air ini. Antaranya ialah Pertandingan Mewarna dan Melukis, sukaneka, rowing, kayak dan perahu panjang. Mereka yang berminat boleh menghubungi En. Ahmad Azuddin (88877063), En. Mohd Syrinaz (88877554)dan En. Mohamad Sujairi (88877547).

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Blok A3




Pada 08 April 2007 (Ahad) yang lepas, Penduduk Blok A3 Presint 16 telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Blok A3 selepas solat Isya'. Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai 200 orang warga Blok A3, turut dihadiri oleh ketua-ketua blok berhampiran termasuk Pengerusi Rukun Tetangga Presint 16. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan Marhaban dan Selawat oleh kumpulan Marhaban Surau Al-Raudhah.

Monday, April 2, 2007

Kejohanan Ping Pong Rukun Tetangga

Biro Sukan Rukun Tetangga Apartment Kerajaan Presint 16 Putrajaya telah menganjurkan Kejohanan Ping Pong antara Blok pada 1 April 2007 (semalam). Kejohanan yang disertai oleh semua Blok tersebut telah dimenangi oleh Blok A1, Blok A2 N.Johan dan Blok A3 tempat ke -3.