20 Disember 2007 (khamis) - Sempena hari besar Aidil Adha, Komuniti Presint 16 tidak ketinggalan untuk bersama-sama melakukan ibadah qurban. Sebanyak 12 ekor lembu telah diqurbankan bermula dari jam 9.00 pagi dan selesai diagih-agihkan pada jam 3.00 petang. Daripada jumlah tersebut 5 ekor adalah bahagian dari penduduk melalui Surau Ar-Raudhah, 3 ekor disumbangkan oleh Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya, 3 ekor disumbangkan oleh Syarikat Perangsang Jati Sdn. Bhd. kontraktor penyelenggaraan bangunan kuaters kerajaan dan seekor disumbangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bunga Teratai, Presint 16.
Wednesday, December 26, 2007
Tuesday, December 11, 2007
Pelancaran Rakan Cop & Sambutan Kemerdekaan
Majlis Pelancaran Rakan Cop dan Sambutan Kemerdekaan Gabungan 3 K-Bestari Putrajaya, akan di adakan di Dewan Presint 9 pada 16 Disember 2007. Majlis tersebut akan bermula dari jam 8.00pagi hingga 12.30 t.hari, akan di rasmikan YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya. Pameran oleh Polis, Jabatan Kesihatan dan Syarikat Bekalan AIr Selangor (SYABAS) akan turut menyerikan majlis tersebut. Selain itu, peraduan mewarna bagi kanak-kanak juga akan diadakan. Minuman pagi dan makan tengah hari akan disediakan kepada semua semua yang hadir dan orang ramai adalah dijemput hadir.
Lawatan Kerja Ke Kelantan
Tarikh: 7 - 9 Disember 2007
Seramai 36 AJK K-BESTARI Presint 16, Putrajaya telah mengikuti Lawatan Kerja dan Kursus Sivik ini dibawah kelolaan Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan. Selain itu, antara tujuan lain adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli K-Bestari Presint 16 Putrajaya dengan ahli K-Bestari diKelantan. Dalam Lawatan Kerja tersebut, Jabatan Penerangan Kota Bharu telah memberikan talimat kepada semua peserta. Memandangkan sekarang adalah musim tengkujuh, tidak banyak tempat yang dapat dilawati kerana banjir. Antara tempat yang sempat dilawati ialah Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kota Bharu . Lawatan Kerja tersebut diketuai oleh En. Mahmud bin Jamaludin, Pengerusi K-Bestari Presint 16 dan turut serta ialah Encik Zulkurnain Ariffin dan Encik Zanuri dari Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan sebagai Pegawai Pengiring.
Subscribe to:
Posts (Atom)