Friday, March 30, 2007

Kejadian Kebakaran Di Apartment Presint 9







Pada 27hb Mac 2007 pukul 11.40 mlm, telah terjadi satu kejadian kebakaran di Apartment 5B 00-03 yang mengakibatkan hampir sebahagian besar apartment tersebut musnah dijilat api. Punca terjadinya kebakaran tidak dikenalpasti dan masih didalam siasatan pihak bomba. Bahagian Pengurusan Hartanah merayu kepada semua penghuni Kuaters Kerajaan agar lebih berhati-hati dalam memastikan keselamatan harta kerajaan terkawal. Penghuni juga disarankan agar mematuhi Buku Panduan Peraturan Menduduki Kuarters yang telah diberi semasa penyerahan kunci. Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua penghuni Kuarters Kerajaan.

No comments: