Wednesday, August 1, 2007

LARIAN MERDEKA 50 TAHUN PARLIMEN PUTRAJAYA

Assalamualaikum

Tuan/Puan yang dihormati, untuk makluman sempena Sambutan Kemerdekaan ke-50 Tahun ini, Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya akan menganjurkan Larian Merdeka 50 Tahun Parlimen Putrajaya pada 18 Ogos 2007 akan datang.




SYARAT – SYARAT PENYERTAAN

1. Larian Merdeka Pada 18 Ogos 2007 Di Jambatan Putra Jam 7.Oo Pagi.
2. Khas Kepada Penduduk Warga Putrajaya Sahaja.
3. Borang Penyertaan Boleh Didapati Daripada Ketua Cawangan Umno Atau Wakil Yang Dilantik Oleh Pihak Urusetia.
4. Borang Penyertaan Perlu Mendapatkan Pengesahan Dari Ketua Cawangan/ Ketua Blok/ AJK UMNO Bahagian atau Pengerusi Penduduk.
5. Penghantaran Borang Penyertaan Secara Perseorangan Tidak Akan Diterima. Semua Borang Penyertaan Hendaklah Berserta Yuran RM2.00 Hendaklah Dihantar Melalui Mana-Mana Ketua Cawangan Umno dan Resit Akan Dikeluarkan Kepada Peserta, Ketua Cawangan Hendaklan Menyerahkan Borang Serta Yuran Penyertaan Kepada Pihak Urusetia
6. Tarikh Tutup Penyerahan Borang Penyertaan Pada 11hb Ogos 2007 dan Penyertaan Selepas Tarikh Tersebut Tidak Akan Diterima.
7. Penyerahaan T/Shirt Kepada Ketua Cawangan Ialah Pada 15hb Dan 16hb Ogos 2007 Jam 1.00 Tengahari Hingga 8.00 Malam Di Alamat No.56b, Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya.
8. Peserta Bolehlah Mendapatkan T/Shirt Pada Tempoh Tersebut Dari Ketua Cawangan Umno Masing – Masing.

ASPEK KESELAMATAN

1. Semua Peserta Dikehendaki Berlari Mengikut Laluan/Trek Yang Telah Ditetap Oleh Pihak Jawatankuasa Larian.
2. Sebarang Kenderaan Tidak Dibenar Mengiring Peserta
3. Sebagai Langkah Keselamatan, Peserta Digalakan Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Sebelum Menyertai Larian Merdeka Agar Berada Dalam Keadaan Sihat.

MASA DAN TEMPAT PERLEPASAN LARIAN

1. Di Jambatan Putra Pada Jam 7.00 Pagi, Perlepasan Larian Akan Dilakukan Oleh Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor

HADIAH

1. 20 Hadiah Utama Akan Disediakan Kepada Pemenang Dalam Setiap Kategori Kecuali Bagi Kumpulan Veteran Lelaki & Wanita Hadiah Disediakan Dari Nombor 1 Hingga 10 Sahaja.
2. Kad Cabutan Bertuah Hanya Akan Diberikan Kepada Peserta Yang Menamatkan Larian Sahaja.

MAKAN/MINUM

1. Makanan Dan Minuman Akan Disediakan Oleh Pihak Urusetia.

TEMPAT MELETAK KENDERAAN

1. Peserta Dikehendaki Meletak Kenderaan Di Laman Pakir Berhadapan Parcel “B” Atau Di Sekitar Bahu Jalan Di Menara PJH.


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-


1. Ketua Urusetia

En. Shokri Bin Shafee = 012 2249390

2. Setiausaha Larian Merdeka

En. Nor Azli Bin Hashim = 012 2971920

3. Atau Pejabat Umno 03 88885761

i. Cik Dhiah
ii. En. Razlan

No comments: