Monday, November 5, 2007

Komuniti Bestari Bukan Pertubuhan Politik

KUCHING 15 Julai – Pusat Komuniti Bestari yang ditubuhkan di hampir setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan sebuah pertubuhan politik.Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, Komuniti Bestari yang menggantikan program Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P), merupakan pertubuhan untuk semua kaum tanpa mengira perbezaan politik dan ideologi.“Pertubuhan itu merupakan gerakan massa yang bertujuan menyatupadukan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian watikah penubuhan Komuniti Bestari peringkat negeri Sarawak di sini, hari ini.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pemimpin Komuniti Bestari supaya memastikan semua lapisan masyarakat menyertainya dan tidak mengehadkan penyertaan kepada ahli keluarga dan rakan dari parti politik yang disokong oleh mereka sahaja.Beliau berkata, ia penting kerana kerajaan mahu memastikan Komuniti Bestari menjadi pemangkin dalam penyertaan pelbagai kaum di bawah satu bumbung.Katanya, ia selaras dengan usaha untuk memastikan semua maklumat kerajaan sampai kepada rakyat menerusi Komuniti Bestari.“Kita dapati ada golongan yang membenci kerajaan bukan kerana bencikan pemimpin negara tetapi membenci pemimpin tempatan.“Untuk itu, Komuniti Bestari diharap dapat menjadi satu gerakan untuk kita tidak membenci sesiapa, satu tempat yang menyatukan seluruh kaum,” katanya.Mengenai Komuniti di Sarawak, Ahmad Zahid berkata, sehingga kini terdapat 144 gerakan itu di Sarawak, iaitu dua komuniti di setiap DUN.

2 comments:

nasir said...

Tgku Adnan tolak SEkolah Agama Di Putrajaya

21 Jan 2008 Putrajaya (Isnin) Putrajaya telah dibangun berasaskan kepada dasar pembinaan bandar dalam Islam. Sebab itulah Masjid Putra telah menjadi binaan yang pertama tersergam di Putrajaya.

Majoriti penduduk dan pengundi Putrajaya beragama Islam dan tentu sahaja kita mahukan syiar Islam juga terus berkembang di Putrajaya.

Namun apakan daya harapan dan cita-cita itu tidak akan tercapai apabila kita tersalah memilih wakil rakyat yang mewakili pengundi Putrajaya di parlimen.

Kita perlu memilih pemimpin yang bersih dan tidak terlibat dengan sebarang salah laku, aktiviti maksiat seperti perjudian dan sebagainya. Malah kita tak mahu pemimpin yang anti-Islam dan tidak mahu orang yang dipimpinnya buta tentang Islam.

Itulah watak ahli Parlimen Putrajaya Buktinya, atas desakan penduduk, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perbadanan Putrajaya telah bersetuju untuk membina sekolah agama di Presint 8, 9 dan 16 pada tahun 2004 malah peruntukannya telah diluluskan.

Malangnya atas desakan beliaulah maka projek itu telah dibatalkan berdasarkan ungkapan popular beliau yang sedang meluas di sekitar Putrajaya sekarang ini iaitu:

Sekolah agama tak perlu di Putrajaya kerana ia boleh menjatuhkan imej Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuanâ dan mengganggu lanskap pelancungan Putraajaya; ujarnya

Jika sekiranya beliau terpilih, kita sebagai ibu bapa Muslim pasti akan terus menderita kerana terpaksa berterusan menghantar anak-anak kita yang dahagakan ilmu agama sebagai bekalan hidup dan akhirat ke Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kg. Sg. Ramal Luar/ Dalam dan Bandar Baru Bangi.

Semasa kempen memang beliau berjanji akan membina sekolah agama tetapi janji tinggal janji. Apabila kuasa sudah dalam tangan beliau boleh berbuat sesuka hati. Masa itu kita yang akan melopong.

Oleh itu, Tepuk Dada Tanya Iman. Sanggupkah kita di akhirat nanti apabila anggota badan berkata bahawa tangan inilah yang telah memberi kuasa (undi) kepada pemimpin yang tidak cintakan Islam dan tidak mahu ajaran Islam berkembang di kalangan umatnya.

Tolak calon BN taukeh judi itu!

nasir said...

KHAIRY CABAR TGKU ANDAN

Khairy Jamaluddin kini disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Putrajaya dalam pilihan raya tidak lama lagi.

Putrajaya dianggap pilihan tepat bagi penyokong kuat Khairy, yang begitu rakus dan agresif muktahir ini; untuk melihat anak muda dari Negeri Sembilan itu berdiri sebaris dalam kabinet mertuanya, anak Badawi selepas pilihan raya ke 12 nanti.

Desas-desus ini bertiup kencang setelah Siasatan Diraja menyiasat Klip Video VK Linggam menemui bukti kukuh untuk menyeret salah seorang dari ramai individu yang disebut oleh Linggam dalam perbualan telefon yang dirakam itu.

Pendedahan berani saksi penting beberapa hari lalu, Loh Mui Fah, 58 yang mengesahkan klip video tulen itu dan sekaligus menyerlahkan indentitinya kepada umum, telah menamatkan satu fasa siasatan oleh Suruhanjaya Diraja itu.

Siapakah orang yang dimaksudkan terlibat? Dia ialah Ahli Parlimen Putrajaya sekarang, Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga seorang menteri yang menjagai pelancong dan kepentingan pelancong di negara ini.

Nama Tengku Adnan telah disebut dalam perbualan itu sebagai antara individu yang terlibat dalam percaturan konspirasi hakim pada tahun 2001.

Isu ini tentunya telah merosakkan banyak imej Tengku Adnan dan meletakkan dia dalam keadaan gawat dan pitam.

Tengku Adnan adalah orang kuat Tun Mahathir, ketika Tun berkuasa dahulu. Tetapi, anak Badawi telah memberi peluang kepada beliau untuk bertenggung sebaris dalam kabinetnya setelah menang dalam pilihan raya di Putrajaya.

Agak mudah Khairy memutarkan imej Tengku Adnan, jika tiada tempat yang lebih senang diruntuhkan temboknya untuk Naib Ketua Pemuda Umno ini ditabalkan menjadi calon BN dalam pilihan raya esok lusa.

Tengku Adnan kini sudah dilihat tidak bersih, comot dan campang-camping baju seluar politiknya di mata Khairy.

Tidaklah sesusah mana, untuk Khairy mengoyak dan “membogelkan” Tengku Adnan setelah pisau kini berada ditangannya.

Apakah Tengku Adnan akan membuka silat, bertarung dan menerajang Khairy, jika Khairy disanggah dari meletakkan dirinya sebagai calon BN di Putrajaya?

Anak Badawi, rasanya tidak akan mengizinkan ini terjadi. Dan sudah tentulah “penguasa” tingkat tiga di Jabatan Perdana Menteri ini, dengan mudah menelan Tengku Adnan ke dalam tekaknya.

Perlantikan Tengku Adnan hanyalah ehsan anak Badawi, bagi mengimbangkan antara orang Tun Mahathir dengan orang-orangnya dalam barisan kabinet yang dibentuk selepas mendapat azimat seorang PM.

Pemerhati politik berpendapat, keperluan Khairy untuk bertanding begitu terdesak sekali ekoran prestasi buruk mertuanya, anak Badawi dalam mengemudikan Umno dan menyelenggarakan pentadbiran negara.

Kritikan Tun Mahathir yang keras terhadap anak Badawi beberapa hari lalu serta ulangan “nada kesalnya” (Tun Mahathir) melantik anak Badawi ini sebagai Perdana Menteri, amat menggusarkan Khairy yang baru mula nak bertatih dalam gobok politik Malaysia.

Kajian Merdeka Centre yang mendapati robohnya sokongan rakyat terhadap anak Badawi ini, makin menyulitkan kedudukan Khairy jika dalam pilihan raya kali ini dia masih menjadi penonton dan beruk mat yeh yang hanya sekadar berkempen membantu calon-calon terpilih BN.

Usia pemerintahan anak Badawi makin terungkap pendek yang sarat dengan prestasi buruk dan buruk yang ditonjolkannya. Realiti ini, tidak dapat disembunyikan oleh sesiapapun.

Hatta Media Prima kuasaan Khairy yang cuba menjulang anak Badawi sebagai pemimpin ajaib dan luar biasa pada masa kini. Kelemahan dan kepincangan mertuanya itu, terus jadi bualan dari kedai kopi hingga ke KLCC.

Tukang ampu dan tukang kipas dalam media itu terpaksa bekerja keras siang malam bagi mempastikan anak Badawi dilihat tidak tidur, berkuap dan kuyu matanya.

Maka sudah tentu, atas kepentingan bersama, Khairy perlu ditarik segera mencangkung dalam kabinet anak Badawi ini.

Tujuannya satu atau dua. Untuk memantapkan kabinet mertuanya dan mengukuhkan taji politiknya sebelum ianya tumpul dan tokak.

Putrajaya, semestinya menjadi pangkalan utama untuk Khairy menerjah masuk ke dalam gelanggang politik sebenar di saat mertuanya berkuasa.

Ramai penganalisa politik menelah, andainya anak Badawi tersungkur dibentis oleh Najib, timbalannya kini dari dalam atau ditalqinkan oleh pakatan pembangkang dari luar, posisi Khairy selepas itu pastinya menjadi kupang tembaga.

Sebelum igauan buruk itu menjadi realiti, dan Tengku Adnan dilihat tidak bersih lagi, maka sudah tentulah kesempatan yang ada direbut oleh Khairy yang memang bermastautin di Putrajaya untuk menjadi wakil rakyat wilayah itu dalam pilihan raya tidak lama lagi ini.