Wednesday, December 26, 2007

Ibadah Qurban Komuniti Presint 16

20 Disember 2007 (khamis) - Sempena hari besar Aidil Adha, Komuniti Presint 16 tidak ketinggalan untuk bersama-sama melakukan ibadah qurban. Sebanyak 12 ekor lembu telah diqurbankan bermula dari jam 9.00 pagi dan selesai diagih-agihkan pada jam 3.00 petang. Daripada jumlah tersebut 5 ekor adalah bahagian dari penduduk melalui Surau Ar-Raudhah, 3 ekor disumbangkan oleh Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya, 3 ekor disumbangkan oleh Syarikat Perangsang Jati Sdn. Bhd. kontraktor penyelenggaraan bangunan kuaters kerajaan dan seekor disumbangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bunga Teratai, Presint 16.

Tuesday, December 11, 2007

Pelancaran Rakan Cop & Sambutan Kemerdekaan

Majlis Pelancaran Rakan Cop dan Sambutan Kemerdekaan Gabungan 3 K-Bestari Putrajaya, akan di adakan di Dewan Presint 9 pada 16 Disember 2007. Majlis tersebut akan bermula dari jam 8.00pagi hingga 12.30 t.hari, akan di rasmikan YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya. Pameran oleh Polis, Jabatan Kesihatan dan Syarikat Bekalan AIr Selangor (SYABAS) akan turut menyerikan majlis tersebut. Selain itu, peraduan mewarna bagi kanak-kanak juga akan diadakan. Minuman pagi dan makan tengah hari akan disediakan kepada semua semua yang hadir dan orang ramai adalah dijemput hadir.

Lawatan Kerja Ke Kelantan

Tarikh: 7 - 9 Disember 2007
Seramai 36 AJK K-BESTARI Presint 16, Putrajaya telah mengikuti Lawatan Kerja dan Kursus Sivik ini dibawah kelolaan Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan. Selain itu, antara tujuan lain adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli K-Bestari Presint 16 Putrajaya dengan ahli K-Bestari diKelantan. Dalam Lawatan Kerja tersebut, Jabatan Penerangan Kota Bharu telah memberikan talimat kepada semua peserta. Memandangkan sekarang adalah musim tengkujuh, tidak banyak tempat yang dapat dilawati kerana banjir. Antara tempat yang sempat dilawati ialah Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kota Bharu . Lawatan Kerja tersebut diketuai oleh En. Mahmud bin Jamaludin, Pengerusi K-Bestari Presint 16 dan turut serta ialah Encik Zulkurnain Ariffin dan Encik Zanuri dari Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan sebagai Pegawai Pengiring.

Monday, November 19, 2007

Majlis Khatan Beramai-Ramai







Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya telah menganjurkan Majlis Perasmian Berkhatan Beramai-Ramai di Kawasan Lapang, Apartment Kerajaan Presint 16, Putrajaya pada 24 November 2007 (sabtu). Majlis tersebut yang bermula dari jam 08.00 pagi hingga 12.00 tengahari, dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Ahmad Zaki bin Zahid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.

Seramai 34 orang kanak-kanak di kalangan penduduk Putrajaya yang akan berkhatan diraikan dan menerima cenderahati, seterusnya diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar di sekeliling apartment sebelum dibawa ke gelanggang sepak takraw (sebelah surau) untuk dimandikan dengan semburan air oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya.


Penganjuran majlis tersebut dipengerusikan oleh En. Mohd Noh Md. Yunus yang juga Setiausaha K-BESTARI Presint 16, turut dihadiri oleh 300 tetamu termasuk Pengerusi K-Bestari Presint 16, Pengerusi Rukun Tetangga Presint 16, Pengerusi dan Tuan Imam Surau Al-Raudhah, ketua-ketua penduduk, ibubapa kepada kanak-kanak dan masyarakat setempat.

Monday, November 12, 2007

Majlis Sambutan Aidil Fitri 2007

Komuniti Bestari Presint 16, Rukun Tetangga Presint 16 dan Jawatankuasa Penduduk Apartment Presint 16 telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri Peringkat Apartment Presint 16 Pada 10 November 2007 (sabtu) yang lepas. Majlis tersebut telah mendapat sambutan dan kerjasama yang amat baik dari semua penduduk yang turut bergotong royong bagi menyediakan juadah hidangan.

Monday, November 5, 2007

Komuniti Bestari Bukan Pertubuhan Politik

KUCHING 15 Julai – Pusat Komuniti Bestari yang ditubuhkan di hampir setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan sebuah pertubuhan politik.Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, Komuniti Bestari yang menggantikan program Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P), merupakan pertubuhan untuk semua kaum tanpa mengira perbezaan politik dan ideologi.“Pertubuhan itu merupakan gerakan massa yang bertujuan menyatupadukan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian watikah penubuhan Komuniti Bestari peringkat negeri Sarawak di sini, hari ini.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pemimpin Komuniti Bestari supaya memastikan semua lapisan masyarakat menyertainya dan tidak mengehadkan penyertaan kepada ahli keluarga dan rakan dari parti politik yang disokong oleh mereka sahaja.Beliau berkata, ia penting kerana kerajaan mahu memastikan Komuniti Bestari menjadi pemangkin dalam penyertaan pelbagai kaum di bawah satu bumbung.Katanya, ia selaras dengan usaha untuk memastikan semua maklumat kerajaan sampai kepada rakyat menerusi Komuniti Bestari.“Kita dapati ada golongan yang membenci kerajaan bukan kerana bencikan pemimpin negara tetapi membenci pemimpin tempatan.“Untuk itu, Komuniti Bestari diharap dapat menjadi satu gerakan untuk kita tidak membenci sesiapa, satu tempat yang menyatukan seluruh kaum,” katanya.Mengenai Komuniti di Sarawak, Ahmad Zahid berkata, sehingga kini terdapat 144 gerakan itu di Sarawak, iaitu dua komuniti di setiap DUN.

Thursday, October 11, 2007

Salam Lebaran...

Jari disusun maaf dipohon, jikalau ada kekhilafan yang berlaku secara sedar atau tidak. Halalkan sebarang makan dan minum. Semoga selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta dan gembira di Aidilfitri. Semua barisan Ahli Jawatankuasa Komuniti BESTARI Presint 16 mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Sejarah Gemilang Malaysia


SEJARAH NEGARA: Kapal angkasa Soyuz TMA-11 berlepas dari pangkalan Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, malam tadi.


Impian jadi realiti apabila Soyuz 15-S bawa angkasawan pertama negara dilancar malam tadiIMPIAN Malaysia untuk meneroka angkasa lepas yang dicetuskan sejak 2003, menjadi realiti apabila kapal angkasa Soyuz 15-S yang membawa angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, selamat dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome di sini, malam tadi. Pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa kapal angkasa itu ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat jam 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia), mencatat satu lagi kegemilangan dalam lipatan sejarah negara di peringkat antarabangsa.


Dr Sheikh Muszaphar, 35, juga mencatat sejarah sebagai angkasawan Islam pertama yang berpuasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas. Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi kapal angkasa seberat 7,170 kilogram itu juga disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Russia. Di Malaysia, seluruh rakyat menyaksikan detik bersejarah itu menerusi siaran langsung di semua saluran televisyen utama serta beberapa skrin yang ditempatkan di lokasi strategik di ibu negara dan beberapa bandar besar.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menyaksikan kejayaan yang dicapai anak muda dari Seremban itu pada majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, menteri Kabinet dan 280 pelajar. Hadir sama ialah bekas angkasawan Amerika Syarikat, Kapten Robert Gibson, yang turut menjelaskan kepada Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek teknikal pelancaran kapal angkasa itu. Sebelum itu, majlis berbuka puasa, solat tarawih serta solat hajat diadakan bagi mendoakan keselamatan dan kejayaan misi berkenaan. Pelancaran bermula dengan pelepasan empat pelonjak utama roket yang dipadankan dengan bendera Malaysia dan 29 saat kemudian SoyuzTMA-11 membelah langit cerah Baikonur dan mempesonakan mereka yang menyaksikannya.


Sembilan minit selepas pelancaran, roket berkenaan mencapai ketinggian 200 kilometer dari bumi dan pegawai di pusat kawalan utama berhampiran Moscow berkata: Kapal angkasa TMA-11 berada di orbit. Kakitangan di pusat kawalan itu berjabat tangan, manakala visual Dr Sheikh Muszaphar dengan Jalur Gemilang di lengannya mula dipancarkan dari kapal angkasa yang bergerak pada kelajuan lapan kilometer sesaat. Ketiga-tiga angkasawan itu duduk dengan tenang sambil meneliti manual penerbangan. Visual dari kapsul kapal angkasa itu juga ditonton seluruh rakyat Malaysia dengan penuh bangga. Kapal angkasa itu akan berlegar di orbit selama dua hari sebelum bercantum dengan ISS pada ketinggian 360 kilometer.


Tiga angkasawan itu akan berada di ISS selama 10 hari dengan Dr Sheikh Muszaphar mengadakan tiga uji kaji membabitkan tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa serta pengkristalan protein sebelum pulang ke bumi pada 21 Oktober ini. Pelepasan angkasawan negara itu di tapak pelancaran di sini disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan ibu bapa Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad. Terdahulu, persediaan akhir untuk pelancaran kapal angkasa itu bermula sejak tujuh jam lebih awal di Baikonur Cosmodrome dengan Dr Sheikh Muszaphar bersama Whitson dan Malenchenko dibawa dari Kosmonaut Hotel menaiki bas ke Tapak Pelancaran 1 pada jam 2 petang. Selepas melalui proses persediaan terakhir, empat jam sebelum pelancaran, Agensi Angkasa Lepas Russia (Roscosmos) mula memasang baju angkasa lepas 'Sukol' kepada angkasawan atau Kosmonaut dalam istilah Russia, diikuti upacara tabik hormat sebagai tanda penghargaan terhadap keberanian angkasawan menempuh cabaran dalam misi itu.


Program angkasawan negara bermula pada 2003 apabila Russia bersetuju menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian perjanjian pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.42 bilion. Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipilih untuk misi ini walaupun Roscosmos juga mengiktiraf seorang lagi angkasawan negara, Kapten Dr Faiz Khaleed, 26, yang menjadi angkasawan sokongan bagi misi ini.

Monday, October 8, 2007

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Komuniti BESTARI Presint 16 Putrajaya





7 Oktober 2007 - Komuniti BESTARI Presint 16 Putrajaya telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Surau Al-Raudhah Apartment Presint 16. Majlis tersebut didahulu dengan tazkirah pada jam 6.30 petang di ikuti dengan Majlis Berbuka Puasa dan solat maghrib. Turut hadir didalam majlis tersebut ialah En. Abdullah bin Sulaiman dan En. Mohd Zulkarnain bin Ariffin dari Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan . Majlis diakhiri dengan jamuan moreh pada jam 10 malam selepas solat sunat tarawikh dan witir.

Friday, September 28, 2007

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA












28 September 2007 - Seramai 800 orang penduduk telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Parlimen Putrajaya di Kawasan Komuniti BESTARI Presint 16. Jamuan berbuka puasa tersebut, diadakan di Dewan Komuniti dan 15 buah khemah tambahan turut didirikan. Dalam ucapan selepas solat maghrib, YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan pada tahun-tahun sebelum ini majlis berbuka puasa dibuat secara berpusat dan sekali sahaja bagi Kawasan Parlimen Putrajaya. Tetapi pada tahun ini, bagi tujuan merapatkan lagi hubungan kemasyarakatan satu pendekatan baru telah dibuat dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di lima buah kawasan kejiranan bermula dari 27 Sept. 2007 di Apartment Putra Harmoni Presint 9 dan berakhir di Surau Al-Falah, Presint 9 Fasa 3 pada 3 Okt. 2007.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan lapan buah 'mist fan' untuk kegunaan dan keselesaan jemaah di Surau Al-Raudhah. Beliau juga menyampaikan sumbangan kepada 30 buah keluarga yang kurang berkemampuan. Seterusnya beliau turut berjemaah solat Isya' dan solat sunat tarawikh serta diakhiri dengan majlis moreh.

Tuesday, September 18, 2007

Kelulusan Pembinaan Anjung BESTARI

Untuk Makluman, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri melalui suratnya BPH.UT.II/02 jld.4 (57) bertarikh 13 September 2007 telah meluluskan permohonan Komuniti BESTARI Presint 16 supaya dibina sebuah Anjung BESTARI (pejabat) di Aras G, Blok A3, Presint 16. Anjung BESTARI tersebut akan dibina oleh BPH dan akan diserahkan secara rasmi kepada Komuniti BESTARI Presint 16 sebaik sahaja pembinaannya siap.

Thursday, September 13, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1428H


MARHABAN YAA RAMADHAN


Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas Kita menjadi tasbih, tidur Kita menjadi ibadah, amal Kita diterima Dan do'a Kita di ijabah,

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
Kami mohon maaf lahir dan bathin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa if Sya'ban WA ballighnaa Ramadhan
Aminn.
" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat Kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jum'at.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

Wednesday, September 5, 2007

PUTRAJAYA FLORIA 2007


Bertemakan Senandung Pelangi, Festival Bunga & Taman Putrajaya 2007 atau Putrajaya Floria 2007 yang diadakan pada 25 Ogos 2007 hingga 02 Sept. 2007 yang lepas di Persisiran Putrajaya Presint 2, telah merealisasikan pusat pentadbiran negara ini sebagai Bandaraya Bunga yang dilatari keindahan landskap semula jadi.

Dengan dikunjungi hampir 300,000 orang, ia setanding dengan acara yang diadakan di luar negara termasuk pameran bunga-bungaan Chelsea di United Kingdom, Philadelphia di Amerika Syarikat, Melbourne di Australia dan Laman Kuala Lumpur.

Bagi memudahkan pengunjung, Putrajaya Floria 2007 dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap Isnin hingga Jumaat dan waktu pameran dilanjutkan 12 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

Festival itu dianjurkan Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan manakala Festival Laman Sdn Bhd dilantik sebagai pengurus acara.

Thursday, August 16, 2007

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA KEJAYAAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN

Tarikh : 16-AUG-2007 hingga 16-AUG-2007
Masa : 04:30 PM - 10:00 PM
Tempat : Masjid Putra, Putrajaya

Maklumat Lanjut
Pengisian - Tazkirah Kemerdekaan Menurut Islam, Motivasi Diri dan Persiapan Peperiksaan, Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Doa Kejayaan dan Jamuan Makan.


Maklumat tambahan
Pegawai bertugas: En Mohamad bin Salleh
Nombor telefon: 0 3 - 88877035
Email : mbs@ppj.gov.my

SAIL PUTRAJAYA - BASIC SAILING CLASS FOR KIDS

Tarikh : 18-AUG-2007 hingga 19-AUG-2007
Masa : 09:00 AM - 12:00 PM
Tempat : Kelab Tasik Putrajaya

Maklumat Lanjut
The Basic Sailing Class for Kids TS-BS-101 will be available for this coming weekend. For those of who are interested, please inform us as soon as you can. Spots are limited, and enclosed are the latest schedule, registration forms and details for your keeps. Join us this Merdeka month and holidays with our sailing classes, and spend end of this year with practice sessions, regatta and races! Good Winds!


Maklumat tambahan
Pegawai bertugas: Megat Fairuz
Nombor telefon: 6019 - 2862001 \ 0 3 - 88877063
Email : sailingschool@gmail.com

Wednesday, August 8, 2007

PENGKISAHAN SEJARAH

Tarikh : 28-AUG-2007 hingga 28-AUG-2007
Masa : 08:30 AM - 11:00 AM
Tempat : Auditorium Perbadanan Putrajaya
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian yang tertera di bawah.

Maklumat tambahan
Pegawai bertugas: Azzudin
Nombor telefon: 0 3 - 88877063
Email : azoo@ppj.gov.my

DIALOG MERDEKA

Tarikh : 05-SEP-2007 hingga 05-SEP-2007
Masa : 08:30 AM - 11:00 AM
Tempat : Auditorium Perbadanan Putrajaya
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.

Maklumat tambahan
Pegawai bertugas: Rozimah Wahid
Nombor telefon: 0 3 - 88877159
Email : rozimah@ppj.gov.my

PERTANDINGAN DIKIR BARAT PATRIOTIK

Tarikh : 08-SEP-2007 hingga 09-SEP-2007
Masa :08:30 AM - 05:00 PM
Tempat :Kompleks Kejiranan Presint 9

Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori peserta iaitu Komuniti, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun dokumen yang dilampirkan.


Maklumat tambahan
Pegawai bertugas:
Sujairi
Nombor telefon:
0 3 - 88877547
http://www.ppj.gov.my

Wednesday, August 1, 2007

LARIAN MERDEKA 50 TAHUN PARLIMEN PUTRAJAYA

Assalamualaikum

Tuan/Puan yang dihormati, untuk makluman sempena Sambutan Kemerdekaan ke-50 Tahun ini, Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya akan menganjurkan Larian Merdeka 50 Tahun Parlimen Putrajaya pada 18 Ogos 2007 akan datang.




SYARAT – SYARAT PENYERTAAN

1. Larian Merdeka Pada 18 Ogos 2007 Di Jambatan Putra Jam 7.Oo Pagi.
2. Khas Kepada Penduduk Warga Putrajaya Sahaja.
3. Borang Penyertaan Boleh Didapati Daripada Ketua Cawangan Umno Atau Wakil Yang Dilantik Oleh Pihak Urusetia.
4. Borang Penyertaan Perlu Mendapatkan Pengesahan Dari Ketua Cawangan/ Ketua Blok/ AJK UMNO Bahagian atau Pengerusi Penduduk.
5. Penghantaran Borang Penyertaan Secara Perseorangan Tidak Akan Diterima. Semua Borang Penyertaan Hendaklah Berserta Yuran RM2.00 Hendaklah Dihantar Melalui Mana-Mana Ketua Cawangan Umno dan Resit Akan Dikeluarkan Kepada Peserta, Ketua Cawangan Hendaklan Menyerahkan Borang Serta Yuran Penyertaan Kepada Pihak Urusetia
6. Tarikh Tutup Penyerahan Borang Penyertaan Pada 11hb Ogos 2007 dan Penyertaan Selepas Tarikh Tersebut Tidak Akan Diterima.
7. Penyerahaan T/Shirt Kepada Ketua Cawangan Ialah Pada 15hb Dan 16hb Ogos 2007 Jam 1.00 Tengahari Hingga 8.00 Malam Di Alamat No.56b, Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya.
8. Peserta Bolehlah Mendapatkan T/Shirt Pada Tempoh Tersebut Dari Ketua Cawangan Umno Masing – Masing.

ASPEK KESELAMATAN

1. Semua Peserta Dikehendaki Berlari Mengikut Laluan/Trek Yang Telah Ditetap Oleh Pihak Jawatankuasa Larian.
2. Sebarang Kenderaan Tidak Dibenar Mengiring Peserta
3. Sebagai Langkah Keselamatan, Peserta Digalakan Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Sebelum Menyertai Larian Merdeka Agar Berada Dalam Keadaan Sihat.

MASA DAN TEMPAT PERLEPASAN LARIAN

1. Di Jambatan Putra Pada Jam 7.00 Pagi, Perlepasan Larian Akan Dilakukan Oleh Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor

HADIAH

1. 20 Hadiah Utama Akan Disediakan Kepada Pemenang Dalam Setiap Kategori Kecuali Bagi Kumpulan Veteran Lelaki & Wanita Hadiah Disediakan Dari Nombor 1 Hingga 10 Sahaja.
2. Kad Cabutan Bertuah Hanya Akan Diberikan Kepada Peserta Yang Menamatkan Larian Sahaja.

MAKAN/MINUM

1. Makanan Dan Minuman Akan Disediakan Oleh Pihak Urusetia.

TEMPAT MELETAK KENDERAAN

1. Peserta Dikehendaki Meletak Kenderaan Di Laman Pakir Berhadapan Parcel “B” Atau Di Sekitar Bahu Jalan Di Menara PJH.


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-


1. Ketua Urusetia

En. Shokri Bin Shafee = 012 2249390

2. Setiausaha Larian Merdeka

En. Nor Azli Bin Hashim = 012 2971920

3. Atau Pejabat Umno 03 88885761

i. Cik Dhiah
ii. En. Razlan

Friday, July 20, 2007

Lawatan Ahli Parlimen Putrajaya Ke Rumah Allahyarham Abu Samah


Pada 16 Julai 2007 (isnin) jam 10.00 pagi yang lepas, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Pelancongan Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Putrajaya telah meluangkan masa hampir setengah jam bagi menziarahi keluarga Allahyarham Abu Samah di Blok B3, Presint 16 Putrajaya. Beliau memohon maaf kepada balu Allahyarham kerana tidak dapat menziarahi jenazah arwah pada 20 Mei 2007 yang lepas kerana kesibukkannya dengan tugas rasmi. Mengambil kesempatan tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan peribadi. Turut mengiringi YB. Menteri dalam lawatan tersebut ialah En. Mohd Noh, Setiausaha Komuniti Bestari, En. Mohd Nasir dan Pegawai Khas Menteri, En. Shokre.

Thursday, July 19, 2007

LARIAN MERDEKA KOMUNITI BESTARI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG



Larian Merdeka Komuniti Bestari Peringkat Kebangsaan dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang akan diadakan di Putrajaya pada 31 Julai 2007 ini, sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Larian bertujuan menyedarkan dan menarik minat orang ramai dalam menghayati sambutan kemerdekaan negara serta menyemarakkan semangat patriotik cintakan negara. Bagi tujuan tersebut, Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan meminta setiap Komuniti Bestari di Putrajaya menghantar 100 orang peserta.

Thursday, July 5, 2007

Kursus Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum
Untuk makluman, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya dengan kerjasama Wanita UMNO Cawangan Bunga Teratai Presint 16 Putrajaya akan menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Wanita pada hari 08 Julai 2007 (ahad) di Surau Al-Raudhah bermula jam 8.00 pagi. Semua kaum wanita adalah dijemput hadir bagi mengikuti kursus berkenaan.

Tuesday, June 19, 2007

Majlis Pelancaran Perbadanan Putrajaya Online (PPjOnline) dan Pusat Setempat (OSC)

Untuk makluman, Perbadanan Putrajaya telah membangunkan beberapa aplikasi perkhidmatan atas talian (PPjOnline) yang meliputi perkhidmatan seperti e-Pemajuan, e-Aduan, e-Cukai, e-Kompaun, e-Lesen, e-Sewa, e-Tempahan, dan e-Perjawatan. Aplikasi perkhidmatan ini disediakan untuk memudahkan pelanggan Perbadanan Putrajaya melalukan transaksi tanpa perlu hadir ke Kompleks Perbadanan Putrajaya. Ini dapat menjimatkan masa, tenaga, dan dapat mempercepatkan sesuatu transaksi.

Selain daripada itu, Perbadanan Putrajaya juga telah melaksanakan Pusat Setempat (OSC) dengan membuka kaunter khas OSC bagi penerimaan kesemua permohonan berkaitan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah, Pelan Landskap dan lain-lain yang berkaitan pada 16 April 2007. Penubuhan OSC adalah sejajar dengan konsep Kaunter Bersepadu yang juga menempatkan perkhidmatan seperti Kaunter Bayaran dan Kaunter Lesen Perniagaan.Sehubungan dengan itu, satu Majlis Pelancaran PPjOnline dan OSC akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh/Hari : 21 Jun 2007 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Persidangan Junior dan Kaunter OSC
Disempurnakan oleh : Y.B Dato' Zulhasnan bin Rafique,
Menteri Wilayah Persekutuan

Pelancaran 40 Komuniti BESTARI Wilayah Persekutuan



YB. Dato' Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan telah menyampaikan Watikah Komuniti BESTARI kepada 40 buah Komuniti BESTARI dari seluruh Wilayah Persekutuan. Majlis tersebut berlangsung di Legend Hotel, Kuala Lumpur pada 18 Jun 2007 (Isnin) jam 8.00 malam. En. Mahmud bin Jamaluddin sebagai Pengerusi, telah menerima Watikah Komuniti BESTARI Presint 16,Putrajaya pada majlis tersebut. Dengan penerimaan watikah tersebut, semua komuniti BESTARI yang berkenaan boleh merancang dan melaksanakan aktiviti secara rasmi.


Dalam amanatnya, YB. Menteri meminta semua Jawatankuasa Komuniti BESTARI melaksanakan tiga tugas pertama iaitu membuka Pusat IT, mengatur Program Sambutan Kemerdekaan dan Pelancaran Rakan COP di kawasan masing-masing. Peruntukan akan diberikan bagi pelaksanaan aktiviti tersebut.

Thursday, June 14, 2007

Komuniti BESTARI Presint 8 Putrajaya Johan Debat Merdeka 2007


Komuniti BESTARI Presint 8 Putrajaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Debat Merdeka Komuniti BESTARI 2007. Sebagai pasukan pencadang mereka telah berjaya mengatasi pasukan pembangkang yang diwakili oleh Komuniti BESTARI Kampung Malaysia Raya. Kedua-dua pasukan telah menampilkan kebolehan masing-masing dengan baik. Saudara Mohd Faizal Kamarudin dari Putrajaya diisytihar sebagai pendebat terbaik. Johan menerima RM3000.00 serta piala pusingan sementara Naib Johan membawa pulang RM2000.00. Pendebat terbaik turut menerima hadiah sebanyak RM500.00. Hadiah disampaikan oleh Dato' Haji Bakaruddin bin Hj. Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan. Sebelum itu beliau merasmikan pertandingan debat.

KURSUS MANDI JENAZAH WANITA

Assalamualaikum
Untuk makluman, Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bunga Teratai Presint 16 Putrajaya akan menganjurkan Kursus Mandi Jenazah Wanita pada hari 17 Jun 2007 (ahad) di Surau Al-Raudhah. Semua kaum wanita adalah dijemput hadir bagi mengikuti kursus berkenaan.

Monday, May 21, 2007

BALASUNGKAWA...

Adalah dengan sedihnya dimaklumkan, Sdr. Abu Samah bin Hashim telah meninggal dunia pada tengah hari semalan 20 Mei 2007 (ahad). Allahyarham adalah merupakan Ketua Blok B3 dan juga merupakan Bendahari Pemuda UMNO Cawangan Bunga Teratai. Allahyarham meninggal dunia kerana sesak nafas ketika sedang berehat selepas bermain bolasepak anjuran Rukun Tetangga Presint 16. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman. Alfatihah ...





Thursday, May 17, 2007

Kejohanan Bolasepak 11 Sebelah

Rukun Tetangga Apartment Presint 16,Putrajaya akan menganjurkan Kejohanan Bolasepak 11 Sebelah tertutup antara 6 buah blok pada 20 Mei 2007 (ahad) bertempat di Padang Bolasepak Kompleks Sekolah Presint 16 Putrajaya. Tuan/Puan adalah dijemput hadir bagi memberi sokongan moral kepada pasukan blok masing-masing.

Monday, May 14, 2007

Forum Masalah Gejala Sosial

Surau Al-Raudah Apartment Presint 16 telah menganjurkan Forum Masalah Gejala Sosial dikalangan masyarakat Melayu pada 12 Mei 2007 yang lepas. Majlis dimulai selepas solat maghrib dengan tayangan video mengenai isu sosial semasa oleh PERKID iaitu sebuah NGO yang aktif dengan kerja-kerja sosial. Selepas solat isya' pula satu forum telah diadalah dengan ahli panelnya terdiri dari Ustaz Farhan Al-Hafiz seorang pendakwah bebas dan Ustaz Masridzi Saat iaitu Pengerusi Perkid.

Monday, April 23, 2007

Majlis Sambutan Maulidul Rasul Surau Al-Raudhah Presint 16



Pada 21 April 2007 (Sabtu), Surau Al-Raudhah telah menganjurkan Majlis Maulidul Rasul. Majlis dimulai dengan perarakan mengelilingi kawasan apartment pada jam 8.0o pagi oleh penduduk dari semua enam blok. Penyertaan perararakan tersebut amat menggalakkan dengan disertai oleh hampir 400 orang penduduk. Majlis diteruskan dengan aktiviti ceramah dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Thursday, April 12, 2007

Taklimat Peluang Pendidikan Percuma

Biro Belia Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dengan kerjasama Sekretariat Belia CGT akan menganjurkan taklimat peluang melanjutkan pengajian secara percuma yang ditaja oleh kerajaan, kepada para remaja lepasan SPM di Putrajaya. Taklimat tersebut akan diadakan di Auditorium Komlpeks Kerjiranan Presint 16 pada 16 April 2007 (Isnin) jam 8.30 malam. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Faisal 019-3566945 dan En. Aziz 03-88837425.

Pesta Air Putrajaya 2007

Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Pesta Air Putrajaya 2007 pada 14 dan 15 April 2007, bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6. Pelbagai aktiviti dan pertandingan akan diadakan bagi memeriahkan acara Pesta Air ini. Antaranya ialah Pertandingan Mewarna dan Melukis, sukaneka, rowing, kayak dan perahu panjang. Mereka yang berminat boleh menghubungi En. Ahmad Azuddin (88877063), En. Mohd Syrinaz (88877554)dan En. Mohamad Sujairi (88877547).

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Blok A3




Pada 08 April 2007 (Ahad) yang lepas, Penduduk Blok A3 Presint 16 telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Blok A3 selepas solat Isya'. Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai 200 orang warga Blok A3, turut dihadiri oleh ketua-ketua blok berhampiran termasuk Pengerusi Rukun Tetangga Presint 16. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan Marhaban dan Selawat oleh kumpulan Marhaban Surau Al-Raudhah.

Monday, April 2, 2007

Kejohanan Ping Pong Rukun Tetangga

Biro Sukan Rukun Tetangga Apartment Kerajaan Presint 16 Putrajaya telah menganjurkan Kejohanan Ping Pong antara Blok pada 1 April 2007 (semalam). Kejohanan yang disertai oleh semua Blok tersebut telah dimenangi oleh Blok A1, Blok A2 N.Johan dan Blok A3 tempat ke -3.

Friday, March 30, 2007

Selamat Menyambut Maulidur Rasul s.a.w.

Seluruh Jawatankuasa Komuniti Bestari Presint 16 Putrajaya mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal 1428H (31 Mac 2007). "Insan Cemerlang' Ummah terbilang"

Kejadian Pecah Rumah ...

Pada bulan Februari yang lepas, beberapa buah rumah di kawasan komuniti kita telah dipecah masuk pada waktu siang hari. Sehubungan itu Tuan/Puan adalah dipohon supaya sentiasa berhati-hati dan peka. Segera laporkan kepada pihak Polis jika curiga dengan kehadiran orang yang tidak dikenali.

Penyalahgunaan Sangkar Kitar Semula...

Berhubung dengan perkara tersebut, masih terdapat kalangan warga komuniti Apartment Kerajaan disini, membuang sampah domestik (sisa dapur) di dalam sangkar kitar semula yang dibekalkan oleh Perbadanan Putrajaya di setiap blok. Tuan/Puan adalah dipohon menegur atau memaklumkan kepada AJK blok masing-masing jika terjumpa individu yang melakukan perbuatan berkenaan.

Kejadian Kebakaran Di Apartment Presint 9







Pada 27hb Mac 2007 pukul 11.40 mlm, telah terjadi satu kejadian kebakaran di Apartment 5B 00-03 yang mengakibatkan hampir sebahagian besar apartment tersebut musnah dijilat api. Punca terjadinya kebakaran tidak dikenalpasti dan masih didalam siasatan pihak bomba. Bahagian Pengurusan Hartanah merayu kepada semua penghuni Kuaters Kerajaan agar lebih berhati-hati dalam memastikan keselamatan harta kerajaan terkawal. Penghuni juga disarankan agar mematuhi Buku Panduan Peraturan Menduduki Kuarters yang telah diberi semasa penyerahan kunci. Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua penghuni Kuarters Kerajaan.

Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak

Taman Warisan Pertanian Putrajaya akan menganjurkan Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak pada 31 Mac 2007. Pertandingan ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 - 12 tahun. Terdapat 2 kategori pertandingan iaitu 7 - 9 tahun dan 10 - 12 tahun. Yuran penyertaan hanya RM 1.00 dan peserta juga digalakkan membawa sendiri peralatan mewarna (pensil warna sahaja).

Thursday, March 29, 2007

Aktiviti Ekonomi

  1. Industri kecil dan sederhana (kraftangan, pelancongan dan peruncitan).
  2. Mengusahakan tanah terbiar dengan tanaman (sayuran, bunga-bungaan dan hiasan taman).
  3. Makanan ringan (kerepek, telor asin, kicap, cili sos dan sebagainya)

Aktiviti Kemasyarakatan

  1. Dalam kumpulan kecil dan besar (gotong-royong, seminar, sukan dan ceramah).
  2. Interaksi intra dan inter k3p.
  3. Semangat berdikari, inovatif dan kreatif.

Aktiviti Penyebaran Maklumat

  1. Melalui media massa iaitu cetak, elektronik, internet dan interpersonal.
  2. Memahami dasar, falsafah dan wawasan pembangunan negara.
  3. Memulakan perubahan minda, sikap dan tindakan.
  4. Melibatkan diri dalam pembangunan komuniti.

Sejarah & Perkembangan Komuniti Bestari

  1. Diasaskan oleh Jabatan Penyiaran sebagai saluran maklum balas terhadap program-program siaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada 21 November 1987 di Tapah, Perak.Pelancarannya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr.Mahathir bin Mohamad.Kumpulan ini dikenali sebagai Kumpulan Pendengar dan Penonton.
  2. Pada tahun 1989, Pendengar Kumpulan Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd. melalui akhbar Utusan Malaysia turut menyertai kumpulan ini dan seterusnya diubahsuaikan namanya menjadi Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca .
  3. Pada tahun 1991, Kementerian Penerangan Malaysia mengambil alih tanggungjawab dari Jabatan Penyiaran sebagai Urusetia K3P (dikenali sebagai Komuniti Bestari), bagi memperluaskan skop aktivitinya.
  4. Konvensyen Komuniti Bestari (K3P) Kebangsaan kali pertama diadakan di Danau Tok Uban, Pasir Mas,Kelantan pada 6 hingga 8 April 1995. Jumlah K3P di seluruh negara ketika itu ialah 154 buah.
  5. Konvensyen K3P kali Ke-2 telah diadakan pada 3 hingga 5 Oktober 1999 di Taiping, Perak.
  6. 1 Julai 2000, Kementerian Penerangan menyerahkan tanggungjawab urusetia Komuniti Bestari (K3P) kepada Jabatan Penerangan Malaysia. Jumlah Komuniti Bestari (K3P) pada tahun 2000 ialah sebanyak 200 buah.
  7. Dalam tahun 2001, sebanyak 116 buah lagi Komuniti Bestari (K3P) telah ditubuhkan menjadikannya sebanyak 316 buah kesemuanya. Ini termasuk penubuhan sebuah K3P untuk masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan.

Faedah

Pendekatan dan Strategi Membentuk Komuniti Bestari sebagai sebuah institusi masyarakat yang aktif dan dapat menjadi wadah perbincangan di mana anggota masyarakat, anggota kerajaan dan pemimpin dapat duduk bersama tanpa sempadan dengan penyeliaan yang minima dari Jabatan Penerangan yang menjadi penyelaras K3P di peringkat yang berkaitan.

Objektif Komuniti Bestari

  1. Melahirkan kumpulan pemimpin yang dapat menggerakkan perubahan masyarakat melalui analisis maklumat yang jelas dan berwibawa di peringkat akar umbi.
  2. Mewujudkan kumpulan rujukan maklumat yang berwibawa dan representatif di peringkat akar umbi.
  3. Menyuburkan nilai-nilai perpaduan sebagai amalan dalam kehidupan seharian di kalangan ahli kumpulan Komuniti Bestari.
  4. Memupuk dan menstabilkan sesuatu perubahan selaras dengan hasrat dan matlamat dasar-dasar pembangunan negara.
  5. Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kepimpinan kerajaan dan keputusan-keputusan yang dibuat bagi meneruskan program-program pembangunan negara serta pembinaan bangsa Malaysia.

Konsep Komuniti Bestari

Konsep Komuniti ialah sebuah organisasi sosial yang diwujudkan oleh sesebuah komuniti di sesebuah kawasan secara sukarela sebagai saluran perkongsian sumber maklumat, idea dan pendapat dalam usaha melibatkan diri dalam program-program pembangunan kerajaan secara aktif dan berkesan.

Sejarah Komuniti Bestari

Komuniti Bestari mula ditubuhkan pada 21 November 1987 di Tapah, Perak oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan nama asalnya Kumpulan Pendengar dan Penonton (K2P). Tujuan penubuhanya ketika itu ialah untuk membantu Kementerian Penerangan khususnya Jabatan Penyiaran (RTM) mendapat maklumbalas terhadap rancangan-rancangan yang disiarkan boleh membantu meningkatkan maklumat pendengar dan penonton.

Pada tahun 1989, Utusan Malaysia turut berminat menyertai program ini sebagai tenaga penggerak bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat. K2P telah ditukar menjadi Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P).Perubahan nama ini kemudiannya telah disusuli dengan perubahan pengurusan pada tahun 1989, Kementerian Penerangan Malaysia telah mengambil alih tugas sebagai urusetia K3P Kebangsaan.
KONSEP KOMUNITI BESTARI

Welcome ...

Selamat Datang ke Komuniti Bestari Presint 16 Putrajaya.